Suri rumah terpaksa gigit jari, RM98,670 hangus dek terpedaya panggilan bantuan
Seorang suri rumah rugi RM98,670 (S$30,376) selepas terpedaya penipuan panggilan telefon kononnya terpilih menerima Bantuan Prihatin.
(Gambar: Unsplash)
ALOR GAJAH: Seorang suri rumah rugi RM98,670 (S$30,376) selepas terpedaya penipuan panggilan telefon kononnya terpilih menerima Bantuan Prihatin.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata ia bermula apabila wanita berusia 42 tahun itu menerima panggilan pada 25 Disember lepas dari seorang suspek yang mendakwa dari sebuah syarikat telekomunikasi dan memaklumkan pengadu terpilih menerima bantuan berkenaan.
Beliau berkata suspek kemudian mengarahkan wanita itu mengisi maklumat dalam satu pautan yang diberikan sebelum disambung ke satu laman sesawang, yang kemudiannya meminta maklumat mengenai kata laluan perbankan secara dalam talian serta tarikh luput kad ATM serta CVC (Card Verification Code) bank.
Dalam satu kenyataan hari ini (20 Jan), katanya wanita itu menyedari ditipu selepas siasatannya mendapati wangnya dipindahkan ke beberapa jenis akaun tidak dikenali menerusi lapan transaksi.
Supt Arshad berkata wanita itu kemudiannya membuat laporan polis dua hari lepas di Balai Polis Alor Gajah dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menekan sebarang pautan diberikan oleh individu tidak dikenali dan memberi maklumat butiran peribadi bagi untuk mengelak pancingan data.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.