‘Super Intelligence Force’ Trump boleh timbulkan risiko jika pembangunan AI atasi langkah perlindungan: Pakar
Penubuhan "Super Intelligence Force" oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump boleh menimbulkan risiko jika pembangunan sistem kecerdasan buatan (AI) canggih bergerak lebih pantas daripada usaha mewujudkan mekanisme untuk mengawal penggunaannya.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia Jensen Huang (kiri) dan Elon Musk (kanan) semasa pertemuan bersama para eksekutif syarikat kecerdasan buatan (AI) di Rumah Putih pada 29 September 2026. (Gambar: AP/Jacquelyn Martin)
- Donald Trump announced the ‘Super Intelligence Force’ on Sunday, Oct 4, as a Government task force to coordinate US federal efforts in AI development.
- Turkish expert Ozlem Tekindor said Washington's efforts to maintain its technological leadership are justified, but the development of advanced AI must be accompanied by clear rules on its use.
- She warned that Government agencies and technology companies could increase AI capabilities faster than authorities are able to assess the threats.
- Tekindor also expressed concern that competition over superintelligence among countries could outpace international safety mechanisms and affect intelligence, defence, cybersecurity and Government decision-making.
- Donald Trump mengumumkan “Super Intelligence Force” pada Ahad, 4 Oktober, sebagai pasukan bertindak pemerintah untuk menyelaraskan usaha persekutuan Amerika dalam pembangunan AI.
- Pakar Turki, Ozlem Tekindor, berkata usaha Washington mengekalkan kepimpinan teknologi adalah wajar, tetapi pembangunan AI canggih mesti diiringi peraturan penggunaan yang jelas.
- Beliau memberi amaran bahawa agensi pemerintah dan syarikat teknologi boleh meningkatkan keupayaan AI lebih cepat daripada kemampuan pihak berkuasa menilai ancaman.
- Tekindor turut bimbang persaingan kecerdasan super antara negara boleh mendahului mekanisme keselamatan antarabangsa serta menjejaskan risikan, pertahanan, keselamatan siber dan keputusan pemerintah.
Pakar dari Turki Ozlem Tekindor memberi amaran sedemikian selepas Encik Trump mengumumkan penubuhan pasukan itu pada Ahad (4 Okt) bagi menyelaraskan usaha pemerintah Amerika untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam teknologi canggih.
Menurut Cik Tekindor, usaha Washington untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam bidang AI merupakan sesuatu yang wajar dari sudut persaingan teknologi.
Namun, beliau berkata pembangunan sistem sedemikian yang semakin pesat perlu disertai dengan peraturan jelas yang mengawal penggunaannya.
Beliau memberi amaran bahawa keadaan boleh menimbulkan kebimbangan sekiranya agensi pemerintah dan syarikat teknologi meningkatkan keupayaan AI jauh lebih pantas daripada kemampuan pihak berkuasa untuk menilai ancaman berkaitan.
"Semakin pantas teknologi sedemikian berkembang, semakin penting untuk mewujudkan peraturan bagi mengawal penggunaannya seiring dengan inovasi itu sendiri," kata Cik Tekindor.
BIMBANG CETUS PERSAINGAN TEKNOLOGI
Cik Tekindor turut memberi amaran bahawa usaha sesebuah negara mendapatkan kelebihan dalam bidang kecerdasan super atau 'superintelligence' boleh mendorong negara-negara lain mempercepatkan pembangunan teknologi masing-masing.
Menurut beliau, keadaan itu berpotensi meningkatkan persaingan teknologi antarabangsa.
Beliau berkata sekiranya negara-negara mula melihat kecerdasan super terutamanya sebagai alat persaingan strategik, persaingan untuk mencapai penguasaan teknologi boleh bergerak lebih pantas daripada usaha mewujudkan mekanisme keselamatan antarabangsa.
Cik Tekindor berkata isu tersebut bukan sahaja melibatkan kedudukan Amerika dalam bidang teknologi, tetapi juga kesan penggunaan sistem AI terhadap keselamatan negara.
Kemunculan sistem AI yang lebih berkuasa boleh memberi kesan terhadap operasi risikan, teknologi pertahanan, keselamatan siber dan proses membuat keputusan pemerintah, menurut beliau.
Encik Trump mengumumkan "Super Intelligence Force" pada Ahad (4 Okt) sebagai sebuah pasukan bertindak pemerintah yang bertujuan menyelaraskan usaha persekutuan berkaitan AI.
Pasukan itu ditugaskan untuk membantu memastikan Amerika terus menerajui pembangunan teknologi berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.