'Super El Nino' cetus kebimbangan sedang Asia bergelut konflik Timur Tengah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Reuters/Philimon Bulawayo)
BANGKOK: Asia, yang sedang bergelut dengan kesan konflik di Timur Tengah, kini berdepan pula dengan kemungkinan berlaku fenomena El Nino yang lebih dahsyat. Keadaan ini boleh meningkatkan permintaan tenaga, mengurangkan bekalan kuasa hidro, dan merosakkan tanaman.
El Nino adalah fenomena iklim semula jadi yang membawa perubahan kepada tiupan angin, tekanan udara, dan corak hujan di seluruh dunia.
Minggu lalu, agensi cuaca dan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan El Nino boleh berlaku seawal Mei hingga Julai. Sementara itu, Pertubuhan Meteorologi Dunia menyatakan petanda awal menunjukkan kejadian kali ini mungkin sangat dahsyat, sehingga ada yang menggelarnya sebagai "Super El Nino", walaupun istilah itu tidak digunakan oleh para ahli sains.
Ini bukan berita baik untuk Asia, di mana beberapa bahagian di benua itu sering terjejas teruk oleh gelombang haba, kemarau, dan hujan lebat yang dibawa oleh El Nino. Fenomena ini pada dasarnya mengubah corak cuaca biasa, contohnya mengalihkan curahan hujan di Indonesia, menyebabkan negara itu terdedah kepada kemarau dan kebakaran hutan.
El Nino berlaku setiap dua hingga tujuh tahun dan diramal berdasarkan suhu air laut.
"Gangguan di bawah permukaan laut yang kita lihat setakat ini agak kuat," kata Peter van Rensch, seorang ahli sains iklim di Universiti Monash, Australia.
"Ia kelihatan seperti apa yang kita lihat pada tahun 1997/98, dan itu mungkin merupakan El Nino yang paling ganas," katanya kepada AFP. Namun, masih banyak ketidakpastian, dan beliau memberi amaran ada kemungkinan El Nino tidak akan berlaku langsung.
KESAN BENCANA
El Nino pada 1997 membawa kesan bencana, termasuk kemarau melampau dan kebakaran hutan yang dahsyat di Indonesia yang menyebabkan berjuta-juta hektar tanah terbakar serta menyebabkan pencemaran udara di rantau ini.
Pihak berkuasa di sana sudah mengenal pasti kawasan tanah gambut yang berisiko, dan memberi amaran bahawa negara itu mungkin mencatatkan curahan hujan yang terendah dalam tempoh 30 tahun.
Amaran itu dikeluarkan ketika Asia sedang berdepan tekanan krisis bekalan tenaga serta kebimbangan mengenai kekurangan baja dan barangan industri lain yang melalui Selat Hormuz. Iran menutup laluan strategik itu sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas negara tersebut pada 28 Februari, sekali gus mengganggu bekalan bahan api global.
Cuaca yang lebih panas akan memberi tekanan kepada grid tenaga sedia ada yang kekurangan bahan api, kerana orang ramai ingin menyejukkan rumah dan tempat kerja, kata Cik Haneea Isaad, pakar kewangan tenaga.
Beliau memberitahu AFP bahawa bagi negara-negara yang sangat bergantung kepada Selat Hormuz untuk penghantaran minyak dan gas, gangguan bekalan akan menyebabkan catuan bahan api, pengurusan permintaan, dan pengurangan aktiviti ekonomi yang menjejaskan hasil dalam negeri kasar (GDP).
Kemarau yang dibawa oleh El Nino juga menjadi ancaman kepada negara-negara yang sangat bergantung kepada kuasa hidro, kata Cik Dinita Setyawati, penganalisis tenaga kanan di Ember. Beliau memberi amaran bahawa kebanyakan negara ASEAN banyak menggunakan kuasa hidro, terutamanya negara-negara di sekitar Sungai Mekong, Nepal, dan sebahagian Malaysia.
Risiko ini terbukti pada tahun 2022, apabila gelombang haba di China menyebabkan pengeluaran kuasa hidro di Sichuan menjunam lebih 50 peratus, menyebabkan kekurangan bekalan kepada isi rumah dan industri.
RISIKO PERTANIAN
Keadaan yang lebih panas dan kering juga akan mewujudkan risiko baharu kepada sektor pertanian, yang kini sudah pun tertekan akibat kos baja dan bahan api yang tinggi untuk mesin ladang.
Firma penyelidikan BMI memberi amaran bahawa jika harga tanaman tidak naik secukupnya untuk menampung kos penghantaran dan input yang tinggi, keuntungan pengeluar akan terjejas. Ini meningkatkan kemungkinan penggunaan baja dikurangkan dan hasil tanaman menjadi lemah, yang seterusnya memburukkan inflasi harga makanan.
Bagi sesetengah bahagian di Asia, El Nino boleh membawa hujan lebat secara tiba-tiba dan menyebabkan banjir, yang boleh menjejaskan hasil tuaian padi di selatan China.
Walaupun hubungan antara perubahan iklim dengan kekuatan El Nino belum difahami sepenuhnya, kajian menunjukkan bahawa perubahan iklim akan membawa gelombang haba yang lebih kerap serta hujan lebat secara mengejut yang menyebabkan banjir kilat.
Lantaran itu, para pakar berkata negara-negara di rantau ini perlu melindungi sistem tenaga mereka dengan mempelbagaikan sumber tenaga hijau. Penggunaan tenaga suria dan angin yang dipadankan dengan bateri dilihat lebih kukuh berbanding bergantung kepada prasarana bahan api fosil sahaja.

Sumber : AFP/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.