Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sungai Muar melimpah, air naik sehingga paras lutut

Anggaran Waktu Membaca:
Sungai Muar melimpah, air naik sehingga paras lutut

(Gambar: Jabatan Pertahanan Awam (APM) Segamat)

JOHOR BAHRU: Limpahan air Sungai Muar yang berlaku sejak Selasa (1 Nov) menyebabkan beberapa buah rumah penduduk di daerah Segamat dinaiki air sehingga paras lutut.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat Hasrin Kamal Hashim berkata seramai 17 penduduk dari lima keluarga yang terjejas ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pada pukul 8.00 pagi Rabu (2 Nov). 

Setakat pukul 12.00 tengah hari Rabu, jumlah penduduk terjejas banjir masih tidak berubah, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mereka yang terjejas melibatkan penduduk Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5.

“Tidak hujan sejak dua atau tiga hari lepas, bagaimanapun paras air sungai di Negeri Sembilan meningkat dan telah menyebabkan Sungai Muar turut melimpah sehingga menyebabkan beberapa rumah penduduk berdekatan dinaiki air,” katanya.

Beliau berkata kesemua mangsa ditempatkan di Balairaya Kampung Batu Badak.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan