Skip to main content

Dunia

Sumbangan, sikap dermawan mendiang Wee Cho Yaw akan terus dikenang

Anggaran Waktu Membaca:
Sumbangan, sikap dermawan mendiang Wee Cho Yaw akan terus dikenang

Wee Cho Yaw, mantan pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bank Singapura, UOB. (Gambar: UOB)

Diterbitkan : 04 Feb 2024 06:11PM Dikemas Kini : 04 Feb 2024 06:12PM
SINGAPURA: Berbagai-bagai institut pendidikan memberi penghormatan terakhir kepada tokoh perbankan Singapura Wee Cho Yaw yang meninggal dunia semalam (3 Feb) pada usia 95 tahun.

Encik Wee akan terus dikenang atas sumbangan dan sikap dermawannya untuk tujuan pendidikan.
Seorang pejuang yang hebat bagi tujuan pendidikan, kedermawanan dan khidmat masyarakat.

Inilah yang disifatkan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) sebagai warisan yang ditinggalkan oleh mendiang Wee Cho Yaw.

Encik Wee menghulurkan sumbangan sekitar $16 juta kepada NTU selama ini, bagi menyokong perkembangan bidang pendidikan serta penyelidikan.

Mendiang turut membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan.

Pada 2014, Encik Wee dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat atas pelbagai sumbangan kepada pihak universiti dan masyarakat.

Sekolah Menengah Chung Cheng pula berkata bahawa Encik Wee gigih berjuang untuk meningkatkan pendidikan, dan membantu sekolah itu menaik taraf pelbagai kemudahan dan sumber pembelajaran.

Mendiang turut dikenang atas sumbangannya kepada masyarakat.

Pusat Sains Singapura berkata Encik Wee membantu usaha mengumpul dana bagi bangunannya di Jurong.

Beliau berkhidmat sebagai pengerusinya yang pertama pada 1970.

Kedermawanan serta usaha membangunkan masyarakat Encik Wee memberi banyak manfaat kepada ramai warga Singapura.

Ini, tambahnya adalah bukti hasrat Encik Wee untuk menyokong dan mengembangkan taraf pendidikan di negara ini.
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita