Sumatra Barat tamatkan status darurat, beralih kepada fasa pemulihan pasca bencana
Pemerintah Wilayah Sumatra Barat, Indonesia menamatkan status darurat bencana dan beralih kepada fasa pemulihan pasca bencana selepas menilai keadaan semasa di lapangan susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah itu pada akhir November lalu.
Anggaran Waktu Membaca:
PADANG: Pemerintah Wilayah Sumatra Barat, Indonesia menamatkan status darurat bencana dan beralih kepada fasa pemulihan pasca bencana selepas menilai keadaan semasa di lapangan susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah itu pada akhir November lalu.
Gabenor Sumatra Barat, Mahyeldi Ansharullah berkata tumpuan utama kini adalah mempercepatkan penilaian kerosakan dan kerugian selain memulihkan perkhidmatan asas kepada masyarakat terjejas.
“Dalam fasa pemulihan ini, keutamaan kami adalah memastikan penilaian kerosakan dan kerugian dapat diselesaikan dengan cepat dan tepat, di samping memulihkan perkhidmatan asas,” katanya dalam kenyataan pada Isnin (23 Dis) seperti dilapor Astro Awani.
Menurut Encik Mahyeldi, pemulihan perkhidmatan penting melibatkan bekalan air bersih, sanitasi, penjagaan kesihatan, pendidikan serta penyediaan penempatan sementara untuk penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
Beliau memaklumkan pemerintah wilayah menyasarkan penilaian kerosakan dan kerugian dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada 28 Disember bagi membolehkan program pemulihan dan pembinaan semula dimulakan pada awal 2026, seperti dilapor Astro Awani.
Walaupun status darurat di peringkat wilayah sudah pun ditamatkan, Encik Mahyeldi menegaskan aspek keselamatan awam kekal sebagai keutamaan.
Usaha sokongan pemulihan emosi dan psikososial akan dipertingkatkan, selain mengekalkan kestabilan wilayah serta mempercepatkan proses pengesahan dan pengesahan semula keperluan pasca bencana.
Sehubungan itu, gabenor itu turut menggesa semua 'bupati' dan Datuk Bandar di Sumatera Barat supaya memastikan data kerosakan dan kerugian dikumpul secara menyeluruh, tepat dan disahkan sepenuhnya bagi menyokong perancangan R3P.
Dalam perkembangan berkaitan, tiga daerah iaitu Agam, Tanah Datar dan Pasaman Barat memutuskan untuk melanjutkan status darurat di peringkat tempatan berikutan keperluan operasi tindak balas yang masih berterusan.
Peralihan keluar daripada status darurat dijangka membolehkan usaha pemulihan dilaksanakan secara lebih tersusun, terukur dan mampan bagi mempercepatkan pemulihan aktiviti ekonomi serta sosial masyarakat, menurut Astro Awani.
Sementara itu, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan jumlah korban akibat banjir dan tanah runtuh di seluruh Pulau Sumatera meningkat kepada 1,106 orang setakat Isnin.
Di Sumatra Barat sahaja, jumlah kematian disahkan meningkat kepada 260 orang, manakala 72 mangsa masih hilang dan 9,078 penduduk dilaporkan masih berada di pusat pemindahan sementara.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.