Sultan Selangor arah pembentukan jawatankuasa berhubung pemulihan kanak-kanak GISBH
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mohd RASFAN / AFP
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengarahkan pembentukan sebuah jawatankuasa berhubung pemulihan kanak-kanak yang diselamatkan dari GISB Holdings (GISBH).
Selangor Royal Office menerusi catatan di laman Facebook memaklumkan, jawatankuasa berkenaan akan bertanggungjawab bagi penghasilan kertas kerja yang terperinci untuk mengenal pasti kaedah pemulihan terbaik membabitkan lebih 600 kanak-kanak berkenaan.
"Sultan Sharafuddin turut mengarahkan supaya jawatankuasa itu diwujudkan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana ia membabitkan masa hadapan kanak-kanak yang terbabit.
"Jawatankuasa ini kelak akan melapor terus kepada Sultan Selangor serta bertanggungjawab memulihkan kanak-kanak ini, seterusnya diintegrasikan semula ke dalam masyarakat dalam tempoh yang ditetapkan," menurut catatan itu.
Awal dari itu, beliau menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah dan Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Senator Salehuddin Saidin, di Istana Bukit Kayangan.
Pada Selasa, media melaporkan seramai 662 kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang terkait GISBH mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkembangan terbaharu itu dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
"Semua 662 kanak-kanak yang diselamatkan melalui beberapa operasi yang telah berjalan kini mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan, itu terkini," katanya.

Sumber : Agensi berita/IM/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.