Sultan Johor zahir rasa kecewa terhadap keadaan, tahap kebersihan flat kos rendah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyenggaraan serta tahap kebersihan flat-flat kos rendah di negeri tersebut.
Dalam hantaran terbaru di Facebook, beliau berkata kebanyakan flat kos rendah di Johor berada dalam keadaan daif, serta dipenuhi pelbagai sampah sarap yang dibuang merata-rata hingga menjadi tempat pembiakan serangga berbisa.
“Saya melihat ada beberapa flat kos rendah di negeri ini dalam keadaan yang amat menyedihkan dan seolah-olah rakyat saya hidup dalam ‘reban ayam’.
“Saya harap kerajaan pusat akan berikan bantuan untuk baik pulih flat kos rendah yang lama, dan penduduk juga mesti sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran kawasan flat mereka,” katanya, lapor Astro Awani.

Sultan Ibrahim turut menarik perhatian, beliau tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pembersihan yang dijalankan oleh SWM Environment Sdn Bhd (SWM) di negeri itu.
"Kerajaan negeri terpaksa membayar hampir RM180 juta (S$54 juta) setiap tahun kepada SWM, namun perkhidmatan (pembersihan) atau pungutan sampah yang dijalankan langsung tidak memuaskan.
“Malah perjanjian bersama SWM adalah ‘watertight’ seolah-olah tidak boleh dipertikaikan. Walaupun banyak aduan telah dibuat mengenai perkhidmatan SWM yang mengecewakan, namun keadaan masih tidak berubah.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.