Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sultan Johor, Tunku Ismail ucap tahniah kepada Anwar Ibrahim

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Johor, Tunku Ismail ucap tahniah kepada Anwar Ibrahim

(Gambar: Pejabat Anwar Ibrahim)

Diterbitkan : 24 Nov 2022 09:31PM Dikemas Kini : 24 Nov 2022 11:08PM
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini (24 Nov) menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai perdana menteri ke-10.

Ucapan tahniah itu dizahirkan menerusi poster yang dimuat naik di Facebook rasmi ‘Sultan Ibrahim Sultan Iskandar’ sebentar tadi, lapor FreeMalaysiaToday.

Turut menzahirkan tahniah ialah anak Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, juga di laman Facebook rasmi baginda.

Ucapan berkenaan turut dizahirkan menerusi poster Ahli Parlimen Tambun di Facebook ‘HRH Crown Prince of Johor’, menurut laporan FreeMalaysiaToday lagi.

Terdahulu, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selesai mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 di Istana Negara, Kuala Lumpur, petang tadi.

Encik Anwar, 75 tahun, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Sumber : Agensi berita/NK/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa