Skip to main content

Dunia

Sultan Johor tegas beri amaran, jangan politikkan kenyataan berhubung keadaan flat kos rendah

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Johor tegas beri amaran, jangan politikkan kenyataan berhubung keadaan flat kos rendah

Gambar: Facebook/Sultan Ibrahim

Diterbitkan : 17 May 2023 08:50PM Dikemas Kini : 17 May 2023 08:52PM
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar memberi amaran kepada segelintir pihak supaya tidak menjadikan kenyataannya berhubung keadaan flat kos rendah di negeri itu sebagai isu politik.

Sultan Ibrahim berkata isu tersebut bukan perkara baru, malah kerajaan sebelum ini turut mengetahui keadaan flat tersebut.

"...tetapi mereka tidak berbuat apa-apa. Sekarang, Kerajaan Perpaduan yang baru terpaksa menguruskan masalah-masalah sampah ini," katanya kepada Royal Press Office menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim pada Rabu (17 Mei).

Menurutnya,beliau bersuara dan mengemukakan masalah itu kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kerana rakyat kini menyalahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri.

Sultan Ibrahim berkata SWM Environment Sdn Bhd sebagai syarikat yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pungutan sampah, langsung tidak memuaskan mutu kerjanya terutama di flat-flat kos rendah.

"Tidak ada elemen politik dalam perkara ini. Jangan jadikan ini sebagai isu politik," tegas Sultan Johor sambil menghargai komitmen Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang datang menghadap beliau, pada Isnin (15 Mei).

"Kerajaan-kerajaan sebelum ini tidak mengambil peduli akan permasalahan ini, adalah sangat malang Kerajaan Perpaduan kini terpaksa menanggung permasalahan ini," kata Sultan Johor.

Isnin lepas, Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaannya dengan tahap kebersihan dan penyenggaraan flat kos rendah atau flat awam di negeri itu.

Sultan Johor menarik perhatian kebanyakan flat kos rendah di Johor dalam keadaan daif dengan sampah dibuang merata-rata hingga menjadi tempat pembiakan serangga berbisa.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita