Skip to main content

Dunia

Sultan Johor saran tolak tepi perselisihan, salah faham dan perbezaan

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan supaya sebarang perselisihan atau salah faham melibatkan hubungan antara Johor dengan Kerajaan Pusat diketepikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Johor saran tolak tepi perselisihan, salah faham dan perbezaan

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 25 Apr 2019 03:20PM Dikemas Kini : 25 Apr 2019 03:22PM

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan supaya sebarang perselisihan atau salah faham melibatkan hubungan antara Johor dengan Kerajaan Pusat diketepikan.

Menerusi catatan terbaru di laman Facebook Sultan Ibrahim, lapor Malaysiakini, beliau juga menyarankan supaya jangan mengendahkan sebarang perbezaan yang timbul.

“Atas sebab itu juga, sekiranya ada sebarang perselisihan atau salah faham, terutamanya yang membabitkan hubungan antara Negeri Johor dan Kerajaan Pusat, saya sarankan kita ketepikan sebarang perbezaan.

“Sebaliknya, eloklah berjumpa dan saling berbincang dengan matang demi kebaikan semua, khususnya rakyat.

“Bersama-samalah kita doakan kesejahteraan dan kemajuan negeri Johor,” tulis beliau seperti ditukil oleh Malaysiakini.

Sultan Ibrahim berkata Johor baru sahaja menyempurnakan pelantikan Menteri Besar dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

“Saya harap selepas ini tumpuan akan diberikan kepada ikhtiar membangun dan memajukan Johor.

“Justeru, kepimpinan baharu harus bersatu hati dan melipatgandakan usaha supaya kebajikan serta kepentingan rakyat Johor ditambah baik dan sentiasa terbela.

“Pada masa yang sama, saya harap semua pihak dapat memberi kerjasama penuh supaya pentadbiran dan pengurusan negeri Johor berjalan lancar,” kata beliau lanjut dalam laporan Malaysiakini itu.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita