Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sultan Johor mohon Kerajaan Persekutuan salur bantuan khas pascabanjir

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Johor mohon Kerajaan Persekutuan salur bantuan khas pascabanjir

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. (Gambar: Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memohon Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan peruntukan khas selepas situasi banjir di negeri itu reda.

Sultan Ibrahim bertitah peruntukan khas tersebut bagi membaik pulih infrastruktur awam dan harta benda yang telah rosak dan musnah akibat banjir.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, Kerajaan Persekutuan dan semua pihak atas bantuan serta sumbangan yang dihulurkan kepada rakyat negeri itu ketika berada dalam keadaan sukar.

"Terima Kasih kepada Perdana Menteri yang beri peruntukan kewangan segera bagi meringan beban mangsa banjir dan meluluskan projek tebatan banjir di Kota Tinggi, Batu Pahat dan Segamat untuk dilaksana segera.

"Selepas bencana ini berakhir, saya berharap Kerajaan Persekutuan boleh beri peruntukan khas untuk baiki infrastuktur awam yang rosak dan harta benda yang telah musnah.

"Saya juga menyeru orang ramai hulur bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir, agar mereka dapat baiki rumah yang telah rosak dan mengganti perabot dan alatan rumah yang musnah," titahnya, dipetik daripada Astro Awani.

Sultan Ibrahim berkata demikian pada Pembukaan Rasmi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi penggal Persidangan Kedua di Kota Iskandar pada Khamis (16 Mac).

Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa sedih dan simpati terhadap rakyatnya yang terpaksa berhadapan dengan musibah banjir yang sangat mencabar.

"Saya harap mereka sentiasa sabar dan tabah hadapi ujian dan dugaan ini.Banjir yang berlaku ini adalah berpunca daripadar taburan hujan luar biasa, iaitu hampir dua kali ganda banyaknya dari purata hujan bulanan.

"Malah jumlah hujan yg turun dua hari iaiatu pada 28 Februari lalu dan 1 Mac lalu telah melebihi jumlah rekod hujan sebulan.

"Suka saya mengatakan ucapan penghargaan kepada semua petugas yg bekerja bertungkus lumus, siang dan malam untuk bantu dan menyelamatkan mangsa banjir.

"Terima kasih kepada semua pihak yang hulurkan sumbangan kewangan, bekalan makanan, alatan pembersihan dan yang penting bantuan tenaga sukarela dari pelusuk tanah air.

"Saya sangat bangga dengan semangat kerjasama dan bantu membantu tanpa mengira kaum dan agama, ini budaya kita yang mesti dipertahankan," menurutnya, lapor Astro Awani.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan