Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sultan Johor hadiahkan rumah baru kepada ibu tunggal

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Penantian seorang ibu tunggal selama hampir 17 tahun untuk memiliki kediaman sendiri tercapai apabila menerima kurniaan daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

S. Poongkodi, 54 tahun, yang menyara keluarganya dengan memandu van sekolah bersyukur apabila terpilih dan bagaikan tidak percaya dengan kurniaan itu.

Menurut Cik Poongkodi mendiang suaminya meninggal dunia pada 14 Feb 2006 akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Pasir Gudang di Johor

Beliau bersama dua anaknya kemudian berpindah dan menetap di rumah ibunya kerana berasa tertekan susulan kematian suami.

"Rumah lama kami di Jalan Kelapa Sawit juga sudah uzur dan saya tidak dapat membaikinya atau membina semula disebabkan sumber kewangan terhad selain menyara dua anak yang belajar di menara gading.

“Bagaimanapun, impian saya dan dua anak untuk kembali ke rumah lama menjadi kenyataan dengan kurniaan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor,” katanya kepada Royal Press Office yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim pada Rabu (4 Dis).

Majlis penyerahan kunci rumah disempurnakan oleh Mejar Cina David Wong dan Cik Poongkodi turut berterima kasih kepada bantuan yang diberikan oleh sukarelawan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan