Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sultan Ibrahim setuju bubar DUN Johor, beri laluan Pilihan Raya Negeri

Anggaran Waktu Membaca:
  Sultan Ibrahim setuju bubar DUN Johor, beri laluan Pilihan Raya Negeri

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini (22 Jan) berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. 

“(Menurut) Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim termansuh pada 22 Januari 2022,” menurut Sultan Ibrahim menerusi satu catatan di Facebook rasmi beliau hari ini.

Sultan Ibrahim menerima kedatangan Menteri Besar Johor Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene pada pukul 5.00 petang tadi.

Semasa pertemuan itu, Encik Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan