Sultan Ibrahim selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam suasana penuh istiadat
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Sultan Ibrahim selamat ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Sabtu (20 Jul) dalam suasana penuh istiadat gilang-gemilang di Istana Negara yang merupakan lambang kemegahan sistem Raja Berperlembagaan di negara itu.
Sultan Ibrahim yang mengenakan persalinan rasmi Yang di-Pertuan Agong dikenali sebagai Muskat dan Raja Zarith Sofiah anggun dalam persalinan Kurung Johor berwarna keemasan menarik perhatian seluruh jemputan ketika pasangan diraja itu melangkah untuk ke Singgahsana.
Alunan tiupan nafiri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan paluan nobat Kumpulan Nobat Diraja Perak yang memainkan lagu 'Raja Berangkat' bergema mengiringi keberangkatan masuk pasangan diraja itu dalam istiadat penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu.
Sebagai melengkapkan istiadat pertabalan yang diadakan lima tahun sekali itu, Sultan Ibrahim melafaz ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Berikut adalah ikrar yang dilafazkan oleh Sultan Ibrahim:
“Saya, Sultan Ibrahim bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya saya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.
"Dengan ini, saya akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan Perlembagaan negara serta memelihara dengan sempurnanya setiap masa agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara”.
Selesai sahaja Sultan Ibrahim melafazkan ikrar, Balairung Seri bergema dengan alunan lagu Nobat Tabal yang dimainkan oleh kumpulan Nobat Diraja Perak diikuti laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali dan lagu Negaraku, serentak dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.
Istiadat pertabalan dihadiri 700 tetamu termasuk Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim dan komuniti diplomatik asing serta pemimpin-pemimpin utama negara itu.
Menteri Kanan Lee Hsien Loong turut menghadiri istiadat pertabalan tersebut atas undangan Sultan Ibrahim.
Sultan Ibrahim yang meneruskan pusingan kedua sistem penggiliran Raja-Raja Melayu yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari.
Pelantikan Agong adalah bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, yang tamat tempoh pemerintahan selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan 2024.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.