Skip to main content

Dunia

Sultan Ibrahim cadang tanah Orang Asli dijadikan tanah kesultanan Johor

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Ibrahim cadang tanah Orang Asli dijadikan tanah kesultanan Johor

Gambar: Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar bertitah mencadangkan tanah-tanah Orang Asli di negeri ini dijadikan Tanah Kesultanan.

Menurutnya, ia bagi memastikan tanah itu lebih terbela di bawah enakmen yang tersedia.

"Kawasan Orang Asli dan sempadannya telah ditentukan oleh kerajaan negeri sejak zaman Almarhum Sultan Abu Bakar lagi. 

"Di samping Enakmen Tanah Kesultanan, penguatkuasaan sedia ada juga harus dipergiatkan ke atas sebarang salah laku," jelas Sultan Ibrahim menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat (24 Mac).

Tambah beliau, langkah-langkah perlu diambil bagi mengelakkan Orang Asli diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, sambil berkata ada dalam kalangan Orang Asli dipergunakan bagi menceroboh tanah demi kegiatan haram seperti tanaman kelapa sawit, memotong kayu-kayan yang bernilai serta memburu binatang liar.

"Orang Asli di Johor dijaga baik oleh pihak kerajaan yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk kehidupan mereka seperti jalan raya, perumahan, sekolah serta surau. Sesetengah penempatan Orang Asli turut ada kemudahan Internet. 

"Namun, ada orang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan ke atas golongan ini, mempergunkaan mereka dalam kegiatan yang tidak sah di sisi undang-undang. Ada yang menceroboh tanah perladangan sehingga beratus ekar. Sudah pasti mereka dipergunakan oleh orang luar," kata Sultan Ibrahim.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita