Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sultan Brunei umum rombakan Kabinet; tempoh berkhidmat 4 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Brunei umum rombakan Kabinet; tempoh berkhidmat 4 tahun

Gambar fail Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Jun 2022 10:45AM Dikemas Kini : 08 Jun 2022 12:14PM

BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan rombakan awal menteri Kabinet berkuat kuasa Selasa (7 Jun). 

Dalam siaran ucapan khasnya ke seluruh negara, Sultan Hassanal Bolkiah berkata Kabinet baru akan berkhidmat untuk tempoh empat tahun.

Beliau menekankan pelantikan itu adalah amanah yang mesti dilaksanakan dengan penuh taat setia dan bertanggungjawab, lapor BH Online menukil rencana daripada Xinhua.

Buat julung-julung kalinya juga, wanita dilantik sebagai menteri dalam kerajaan Brunei iaitu Menteri Pendidikan Romaizah Mohd Salleh.

Sementara itu, Sultan Hassanal Bolkiah mengekalkan jawatan tertingginya selaku Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri, Menteri Pertahanan merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi, lapor BH Online.

Bagaimanapun, menteri-menteri kanan berundur, termasuk Menteri Dalam Negeri Awang Abu Bakar Apong, Menteri Sumber Utama dan Pelancongan Ali Apong serta Menteri Pembangunan Suhaimi Gafar.

Beberapa muka lama akan terus berkhidmat dengan portfolio sama.

Antaranya, Menteri Hal Ehwal Agama Awang Badaruddin Awang Othman, Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua merangkap Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri Luar Negeri Kedua Erywan Mohd Yusof dan Menteri Kesihatan, Dr Haji Md Isham Jaafar.

Menurut penganalisis media tempatan, yang enggan namanya disiarkan, langkah rombakan awal Kabinet bertujuan menyuntik lebih kekuatan dan tenaga dalam sistem pentadbiran sambil mengekalkan kestabilan dalam bidang utama hal ehwal dalam serta luar negara, lapor BH Online.

Kali terakhir Kabinet Brunei dirombak adalah pada Januari 2018 dengan tempoh berkhidmat lima tahun apabila beberapa menteri mapan digantikan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan