Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sultan Brunei seru perkukuh ajaran Islam selepas pelaksanaan undang-undang Syariah

Sultan Hassanal Bolkiah bagi Brunei Darussalam menyeru agar pengajaran agama Islam di negaranya diperkukuhkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Apr 2019 02:52PM Dikemas Kini : 03 Apr 2019 11:44PM

BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Hassanal Bolkiah bagi Brunei Darussalam menyeru agar pengajaran agama Islam di negaranya diperkukuhkan.

Tanpa menyebut tentang penguatkuasaan undang-undang Syariah di Brunei mulai hari ini (3 Apr), Sultan Bolkiah berkata negaranya adalah sebuah negara yang mengagungkan Allah.

Selaras dengan itu, Sultan Bolkiah mengarahkan agar azan dilaungkan di semua tempat awam, bukan sahaja di masjid-masjid di Brunei.

Bercakap sebagai menolak bantahan negara-negara Barat terhadap pelaksanaan undang-undang Syariah di Brunei, Sultan Bolkiah menegaskan negaranya adalah sebuah negara yang "adil dan gembira".

Sesiapa yang melawat Brunei, tambah beliau, akan menikmati keadaan selamat dan harmoni.

Brunei menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk menguatkuasakan undang-undang Syariah seperti di Arab Saudi dan beberapa negara Timur Tengah yang lain.

Sumber : AFP/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan