Skip to main content

Dunia

Sultan Brunei bakal jalani pembedahan ganti tempurung lutut

Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, akan menjalani pembedahan mengganti tempurung lutut pada hujung minggu ini, dengan tempoh pemulihan dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga bulan, menurut pejabat beliau.
Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Brunei bakal jalani pembedahan ganti tempurung lutut
Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah, selepas Sidang Puncak ASEAN-Jepun ke-28, sempena Sidang Puncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 26 Oktober 2025. (Gambar fail: REUTERS/Chalinee Thirasupa) (Gambar fail: REUTERS/Chalinee Thirasupa)
BANDAR SERI BEGAWAN: Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, akan menjalani pembedahan mengganti tempurung lutut pada hujung minggu ini, dengan tempoh pemulihan dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga bulan, menurut pejabat beliau.

Sultan berusia 79 tahun itu, antara yang paling lama memerintah di dunia, akan mengehadkan kehadirannya di acara-acara kebangsaan dan rasmi sepanjang tempoh pemulihan untuk berehat serta menjalani sesi fisioterapi, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat beliau pada Selasa (13 Jan).

“Bagaimanapun, Duli Yang Maha Mulia akan terus melaksanakan tugas-tugas rasmi sepanjang tempoh tersebut,” menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa pembedahan berkenaan akan dijalankan di Brunei pada Ahad.

Sultan, yang menaiki takhta pada 1967, memegang pelbagai jawatan di Brunei, termasuk sebagai perdana menteri, panglima angkatan bersenjata, menteri kewangan, menteri luar dan menteri pertahanan.

Pernah menjadi lelaki terkaya di dunia, Sultan Hassanal Bolkiah kekal amat popular di negara kecil yang kaya minyak di Pulau Borneo itu, meskipun memegang cengkaman kuasa yang kukuh di negara dengan hampir setengah juta orang penduduk itu.

Beliau pernah dimasukkan ke hospital untuk waktu yang singkat di Malaysia pada Mei 2025 akibat keletihan semasa menghadiri sidang puncak pemimpin Asia Tenggara di Kuala Lumpur.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita