Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sultan Abdullah secara rasmi ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong M'sia

Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 sudah ditabalkan dalam satu upacara penuh istiadat sebentar tadi (30 Jul). 

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Abdullah secara rasmi ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong M'sia

(Gambar: Farhan Abdullah/AFP)

Diterbitkan : 30 Jul 2019 01:32PM Dikemas Kini : 30 Jul 2019 01:44PM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 sudah ditabalkan dalam satu upacara penuh istiadat sebentar tadi (30 Jul).

Istiadat yang diadakan di Istana Negara itu secara rasminya menandakan permulaan pemerintahan Sultan Abdullah sebagai Ketua Utama Negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Upacara penuh ketenteraan Hormat Diraja di Dataran Istana Negara, mendahului atur cara Istiadat Pertabalan, yang membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai lambang taat setia pasukan pertahanan negara kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi ATM.  

Acara bermula dengan keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Anjung Tamu, Istana Negara.

Sebaik tiba di Peterana Diraja, Yang di-Pertuan Agong diberi Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama yang dibarisi 107 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Sultan Abdullah, yang meneruskan pusingan kedua sistem penggiliran raja-raja Melayu yang diamalkan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, menaiki takhta bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan pada 6 Januari lalu.

Pertabalan hari ini juga serentak dengan sambutan ulangtahun Yang di-Pertuan Agong yang ke 60. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan