Skip to main content

Dunia

Suku pekerjaan di dunia dijangka berubah dalam 5 tahun mendatang: WEF

Forum Ekonomi Dunia (WEF) mendedahkan bahawa hampir suku pekerjaan, atau 23 peratus, dijangka berubah dalam masa lima tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Suku pekerjaan di dunia dijangka berubah dalam 5 tahun mendatang: WEF

Gambar fail logo Forum Ekonomi Dunia (WEF). (Gambar: Reuters/Denis Balibouse)

KUALA LUMPUR: Forum Ekonomi Dunia (WEF) mendedahkan bahawa hampir suku pekerjaan, atau 23 peratus, dijangka berubah dalam masa lima tahun akan datang.

Sesetengah pekerjaan dijangka mengalami pertumbuhan sebanyak 10.2 peratus manakala pekerjaan lain bakal merosot 12.3 peratus disebabkan teknologi dan pendigitalan.

Demikian menurut terbitan Laporan Masa Hadapan Pekerjaan 2023.

Laporan itu merangkumi perspektif daripada 803 syarikat yang menggajikan lebih 11.3 juta pekerja secara keseluruhan dalam 27 kelompok industri dan 45 ekonomi dari merata dunia.

Laporan berkenaan menyatakan majikan menjangkakan 69 juta pekerjaan baru akan dijana dan 83 juta pekerjaan 'pupus' daripada 673 juta dalam data laporan berkenaan atau dua peratus daripada jumlah pekerjaan sekarang, iaitu penurunan bersih sebanyak 14 juta pekerjaan.

Trend-trend makro termasuk peralihan hijau, sekitaran, piawai sosial dan tadbir urus serta rantaian bekalan berasaskan dalam negeri merupakan antara pemacu utama pertumbuhan pekerjaan.

Cabaran ekonomi pula termasuk inflasi tinggi, pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan dan kekangan bekalan yang menimbulkan ancaman terbesar.

"Memajukan pendakapan teknologi dan pendigitalan yang semakin meningkat akan menyebabkan perubahan ketara kepada pasaran buruh, dengan kesan positif secara keseluruhan untuk menjana pekerjaan baru," menurut WEF dalam satu kenyataan pada Isnin (1 Mei).

Pengarah Urusan WEF Saadia Zahidi menarik perhatian bahawa haluan jelas ke hadapan adalah untuk memastikan daya ketahanan.

"Pemerintah dan perniagaan harus melabur bagi menyokong peralihan ke pekerjaan masa hadapan melalui pendidikan, usaha menimba kemahiran baru dan struktur sokongan sosial yang dapat memastikan individu menjadi aspek penting bagi masa hadapan pekerjaan,' katanya.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita