Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sukarelawan M'sia di SG sertai usaha bawa pulang undi pos PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hampir 21 juta rakyat Malaysia yang akan melaksanakan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Umum ke-15 Malaysia Sabtu ini (19 Nov), dengan ratusan warga negara yang tinggal dan bekerja di Singapura juga akan mengundi, sebahagiannya melalui undi pos.

Sukarelawan Malaysia di bawah naungan 1thirdmedia Movement berganding bahu mengumpul undi pos di seluruh Singapura dan membawanya pulang ke Malaysia.

1thirdmedia Movement adalah antara gerakan yang bekerjasama dengan UNDI18, sebuah gerakan belia Malaysia bagi membawa balik undi pos dari Singapura.

Mereka menjalankan tugas yang sama ketika Pilihan Raya Negeri Johor ke-15.

“Akan ada dua penghantaran pada Khamis (17 Nov) melalui pengangkutan darat dan udara.

"Buat masa ini, saya tidak dapat memberitahu jumlahnya kerana kutipan masih diteruskan.. tetapi sehingga 15 November kira-kira 6,000 sampul undi diterima," kata seorang sukarelawan, Farrah Diyana Mohamad Ali kepada Bernama.

Menurut Cik Farrah Diyana, 34 tahun, lima zon kutipan diwujudkan meliputi sektor tengah, timur, barat, utara dan selatan Singapura sebelum dikumpul dan dibawa pulang ke Putrajaya.

"Masa terus berlalu dan kita berada di penghujung waktu sebelum tarikh tamat pada Khamis (17 Nov) pada pukul 2.00 petang," katanya sambil menjangkakan lebih ramai akan melaksanakan tanggungjawab pada hari terakhir.

Seorang lagi sukarelawan, Siti Azimah Abdullah, 48 tahun, yang ditugaskan di zon tengah berkata beliau berbangga dapat membantu rakan senegaranya di Singapura bagi mengumpul undi pos.

“Kerjasama yang diberikan oleh rakyat Malaysia di Singapura sangat baik dan mereka sangat prihatin tentang masa depan negara,” katanya.

Cik Siti Azimah yang merupakan pengundi di Kulim, Kedah merasakan sebagai anak jati Malaysia adalah menjadi tanggungjawab untuk membantu rakan senegara di Singapura.

“Tidak kira di mana kita berada kita harus lakukan tanggungjawab kita untuk mengundi,” kata Cik Azimah. 

Menurut Twitter UNDI18, terdapat sejuta pengundi Malaysia di luar negara. 

UNDI18 turut berkongsi beberapa gambar semasa menerima undi dari seluruh dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) termasuk China dan Jerman.

Selain 1thirdmedia Movement, kumpulan yang terlibat mengumpul undian ialah Vote Malaysia dan Global Malaysian Network.

Menurut UNDI18, kesemua sampul undi akan dibawa ke pusat pengumpulan di Kuala Lumpur untuk proses pengasingan bagi 222 Parlimen dan 117 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan turut dihantar ke negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurut UNDI18, kesemua sampul undi itu akan dibawa ke pusat pengumpulan di Kuala Lumpur untuk proses pengasingan 222 Parlimen dan 117 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kesemua sampul undi akan dihantar ke setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak, katanya.

Tarikh akhir kertas undi pos perlu diterima oleh Pegawai Pengurus di Bahagian Pilihan Raya ialah sebelum pukul 5.00 petang pada hari mengundi.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan