Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sukar bagi BN serah jawatan ketua menteri Sabah kepada Bersatu, kata Ahmad Zaid Hamidi

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendiriannya untuk memilih Bung Moktar Radin sebagai ketua menteri Sabah yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukar bagi BN serah jawatan ketua menteri Sabah kepada Bersatu, kata Ahmad Zaid Hamidi

Preisden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 28 Sep 2020 02:09PM Dikemas Kini : 28 Sep 2020 02:12PM

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendiriannya untuk memilih Bung Moktar Radin sebagai ketua menteri Sabah yang baru.

Jelas Encik Ahmad Zahid, tidak wajar bagi BN menyerahkan jawatan ketua menteri itu kepada Bersatu kerana gabungan itu sudah mengorbankan jawatan perdana menteri dan menteri besar Perak, menurut Malaysiakini.

“Kita telah bagi dua kali - satu di Perak, di mana Bersatu hanya ada empat ADUN dan UMNO ada 25.

“Tetapi kita setuju ADUN Bersatu (Ahmad Faizal Azumu) dilantik sebagai menteri besar Perak.

“Juga bila kita bentuk kerajaan persekutuan dengan Bersatu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), meskipun parti Muhyiddin Yassin tidak mempunyai bilangan anggota parlimen yang ramai, kita setuju dia diangkat sebagai perdana menteri,” katanya seperti dipetik dalam laporan The Star.

Justeru katanya lagi, adalah tidak wajar sekiranya BN juga memberikan jawatan ketua menteri Sabah kepada Bersatu.

“Sekarang untuk kita, jika BN tak dapat jawatan ketua menteri di Sabah, kesan yang besar ditanggung BN pada masa depan.

“Kajian kita menunjukkan kesan itu tidak bagus kepada BN.

"Saya tidak akan setuju jika Bung diganti oleh ADUN selain BN untuk menjadi ketua menteri. Tidak,” katanya.

Selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan 38 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah (GPS) berselisih pendapat mengenai calon ketua menteri, lapor Malaysiakini.

Menurut Malaysiakini lagi, BN mahukan Bung Moktar Radin sebagai ketua menteri manakala Bersatu mencalonkan pengerusi partinya di Sabah iaitu Encik Hajiji Noor.

Dalam perkembangan berasingan, The Star turut melaporkan bahawa Encik Bung dan Encik Hajiji telah menyerahkan akuan berkanun (SD) ketika mesyuarat semalam dengan Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin.

Dipetik sumber, kedua-duanya kini menyerahkan keputusan pemilihan calon ketua menteri kepada Juhar.

Encik Ahmad Zahid juga mendakwa bahawa Encik Juhar sudah berunding dengan pakar undang-undang seperti Encik Richard Malanjum, yang sudah berkempen untuk Warisan berhubung calon ketua menteri.

Encik Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk menyatakan Perkara 6(7) Perlembagaan Sabah turut menyatakan bahawa Yang di-Pertua negeri mempunyai hak untuk melantik ketua menteri dengan jumlah wakil rakyat negeri yang paling banyak memihaknya.

“Isu berhubung Perkara 6(7) telah dibawa ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan,” kata Zahid.

Tambahnya lagi, istilah 'parti yang membentuk majoriti' tidak semestinya bermaksud lebih 60 peratus daripada kerusi DUN.

“Kami (GRS) telah berikan dua nama iaitu Encik Bung dan Encik Hajiji.

“Ia hak Yang di-Pertua, tetapi saya harap (ketua menteri) adalah Bung Moktar,” katanya lagi. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan