Sukar bagi ASEAN kembali dampingi Myanmar meski selepas pilihan raya: Menteri Luar Thailand
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dijangka berdepan kesukaran untuk kembali mendampingi Myanmar meskipun selepas pilihan raya akan datang, kata Menteri Luar Thailand pada Selasa (25 Nov), sambil menyeru pembebasan mantan pemimpin negara tersebut yang ditahan, Aung San Suu Kyi.
Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dijangka berdepan kesukaran untuk kembali mendampingi Myanmar meskipun selepas pilihan raya akan datang, kata Menteri Luar Thailand pada Selasa (25 Nov), sambil menyeru pembebasan mantan pemimpin negara tersebut yang ditahan, Aung San Suu Kyi.
Myanmar dijadual mengadakan pilihan raya umum berfasa mulai 28 Disember di tengah-tengah perang saudara yang berlarutan, satu proses yang dikecam sebagai usaha untuk memperkukuhkan penguasaan tentera yang merampas kuasa melalui kudeta pada 2021.
Banyak parti yang menyokong demokrasi sama ada diharamkan atau enggan menyertai pilihan raya itu, yang mana pemimpin junta Min Aung Hlaing mengakui tidak akan diadakan di seluruh negara.
“Saya rasa dalam keadaan sekarang, dan memandangkan pilihan raya akan berlangsung tanpa dialog inklusif yang diperlukan, ia akan menjadi sukar bagi kami untuk kembali berhubung dengan Myanmar,” kata Encik Sihasak Phuangketkeow pada satu acara di Kelab Wartawan Asing Thailand.
“Saya harap kita dapat mengekalkan kesepaduan dalam pendirian ini.”
Menteri-menteri luar ASEAN yang dianggotai 11 negara itu pada bulan lalu mendesak junta Myanmar untuk mengadakan pilihan raya yang adil dan inklusif, sambil memohon pihak berkuasa untuk mematuhi pelan damai blok tersebut yang digariskan empat tahun lalu.
Myanmar berada dalam kekacauan politik sejak rampasan kuasa pada 2021, di mana pihak tentera menggulingkan pemerintah awam yang diterajui penerima Hadiah Nobel Aung San Suu Kyi, sehingga mencetuskan penentangan bersenjata di seluruh negara.
Suu Kyi kekal dalam tahanan sejak itu, dan ikon politik berusia 80 tahun tersebut dilaporkan mengalami masalah jantung yang semakin memburuk serta memerlukan rawatan perubatan segera, menurut anak lelakinya.
“Saya rasa sudah tiba masanya mereka memberi pertimbangan yang sewajarnya untuk membebaskan beliau,” kata Encik Sihasak, merujuk kepada junta dan Suu Kyi. “Beliau telah ditahan terlalu lama, dan pada usianya, kita tidak tahu keadaan kesihatannya.”

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.