Sukan SEA ke-32 Kemboja labuhkan tirai dalam persembahan yang gah
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNA/Jeremy Long
PHNOM PENH: Akun Cambodia, Sawasdee Thailand! (Terima kasih Kemboja, Helo Thailand!)
Persaingan pelbagai sukan yang berlangsung di rantau ini berakhir sebaik obor dipadamkan pada majlis penutup Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-32 di Stadium Morodok Techo, di Kemboja pada Rabu (17 Mei).
Hujan lebat pada lewat petang tidak sedikit pun melunturkan semangat 75,000 penonton yang membanjiri stadium bagi sama-sama meraikan temasya dwitahunan yang berlangsung cukup meriah itu.
Acara dimulakan dengan ucapan daripada wakil penganjur Sukan SEA Kemboja, kemudiannya disusuli nyanyian lagu kebangsaan tuan rumah.
Ia susuli persembahan nyanyian dan tarian bertemakan 'See You Again', sebelum pertunjukan cahaya dan bunga api menakjubkan.
Penonton kemudian disajikan dengan pertunjukan seni bela diri tradisional Kun Bokator yang membuat penampilan pertamanya di Sukan SEA Kemboja.
Perarakan masuk atlit yang bertanding, maskot, pengadil dan kira-kira 2,000 sukarelawan mewarnai suasana di stadium dengan penonton kemudian dipersembahkan dengan tayangan video memaparkan sorotan aksi Sukan SEA.
Team Singapore diwakili chef de mission Dr Hing Siong Chen, penolong chef de mission Jasmine Yeong-Nathan, Lim Tong Hai dan sembilan ahli pasukan sokongan.
Timbalan Perdana Menteri Tea Banh, kemudian naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah Atlit Terbaik Sukan SEA ke-32 kepada dua atlit wanita - perenang Singapura, Ting Wen Quah dan wakil vovinam Kemboja, Pal Choraksmey atas pencapaian luar biasa mereka di temasya itu.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen kemudian diberikan penghormatan untuk mengisytiharkan penutupan secara rasminya temasya itu.
Obor kejohanan dipadamkan dan bendera Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dan Sukan SEA Ke-32 diturunkan, sebelum diserahkan kepada tuan rumah Sukan SEA Ke-33 iaitu Thailand.

Ini diikuti dengan persembahan kebudayaan daripada wakil Thailand membabitkan simbol budaya, jiwa dan identiti masyarakat negara Gajah Putih itu.
Thailand akan menjadi tuan rumah Sukan SEA buat kali ketujuh dari 9 hingga 20 November 2025 dengan kemungkinan 43 jenis sukan akan dipertandingkan kelak.
Singapura mengakhiri saingan di tempat keenam menerusi pungutan 51 pingat emas, 43 perak dan 64 gangsa.
Lapan rekod Sukan dicatatkan selain 17 rekod kebangsaan dan 40 rekod peribadi.
Edisi kali ini menyaksikan Vietnam muncul juara keseluruhan dengan membawa pulang 136 emas, 105 perak dan 114 gangsa.

Sumber : CNA/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.