Skip to main content

Dunia

Suhu New Delhi di India cecah paras rekod 52.9°C, cuaca ekstrem turut jejas Pakistan

Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Gelombang haba yang dahsyat telah melanda beberapa bahagian Asia Selatan,dengan suhu di ibu kota India, New Delhi mencecah suhu tertinggi yang pernah dicatatkan oleh negara tersebut.

Suhu di New Delhi mencecah 52.9 darjah Celsius, sedang gelombang haba terus melanda beberapa wilayah di bahagian barat laut India.

Para pegawai kaji cuaca berkata mereka sedang memeriksa data untuk memastikan sama ada terdapat kesilapan pada bacaan suhu tersebut.

Cuaca ekstrem itu telah memaksa para penduduk untuk terus duduk di rumah, sekali gus meningkatkan penggunaan elektrik ke paras yang tinggi.

Kanak-kanak kekal sebagai golongan yang paling mudah terjejas.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa sesetengah pelajar pengsan di sekolah disebabkan oleh cuaca yang terlalu panas.

Cuaca ekstrem itu juga telah menjejas Pakistan.

Beratus-ratus penduduk di negara itu telah dirawat di hospital kerana diserang strok haba.
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita