Suhu menjunam bawah sifar di timur laut AS
Ribut salji di bahagian timur laut Amerika Syarikat menyebabkan suhu menjunam di beberapa kawasan.

Gambar fail ribut salji di Washington. (Gambar: Yuri Gripas/Reuters)
WORCESTER: Ribut salji di bahagian timur laut Amerika Syarikat menyebabkan suhu menjunam di beberapa kawasan.
Suhu bawah sifar beserta angin kencang mendorong Jabatan Kaji Cuaca mengeluarkan amaran angin kencang di lebih 10 negeri termasuk Washington, New York dan Boston.
Suhu di negara itu diramal tidak menentu beberapa hari ini yang mana banjir dijangka melanda di daerah-daerah seperti di tenggara Massachusetts. Ribut salji turut menyebabkan hampir 1,500 penerbangan tergendala pada hujung minggu lalu.
Syarikat kereta api Amtrak pula membatalkan atau mengubah khidmat kereta api pada hari Ahad (20 Jan) bagi perjalanan dari Boston ke Washington serta antara Chicago dengan Pantai Timur negara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.