Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suhu hingga 49°C di beberapa kawasan Australia

Puluhan ribu orang penduduk terjejas dengan gangguan bekalan elektrik sedang cuaca panas paling teruk terus melanda bahagian selatan negara itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Suhu hingga 49°C di beberapa kawasan Australia

Lebih 13 bandar di Selatan Australia mengalami gelombang panas. (Gambar: Aly Song/Reuters)

Diterbitkan : 25 Jan 2019 04:40PM Dikemas Kini : 25 Jan 2019 04:44PM

AUSTRALIA: Puluhan ribu orang penduduk terjejas dengan gangguan bekalan elektrik sedang cuaca panas paling teruk terus melanda bahagian selatan negara itu.

Pihak berkuasa mengatakan gangguan itu disebabkan penggunaan yang melonjak bagi hawa dingin.

Lebih 13 bandar di Selatan Australia mengalami gelombang panas dengan sesetengah kawasan mengalami suhu setinggi 49 darjah selsius.

Suhu di bandar Adelaide mencecah 46.2 darjah selsius, iaitu suhu tertinggi dicatatkan dalam masa 80 tahun.

Di Tasmania, pihak-pihak berkuasa kawasan itu mengharamkan sebarang kegiatan membakar, selepas kebakaran hutan dan belukar mudah berlaku dan cepat merebak.

Sebahagian wilayah Victoria termasuk bandar Melbourne juga mengalami suhu setinggi 42 darjah selsius. 

Sumber : AFP/MM/ai

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan