Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suhu di sebahagian besar Saudi dijangka turun mulai Khamis

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Suhu di kebanyakan daerah Arab Saudi diramal turun mulai Khamis (11 Ogos), menurut seorang pengkaji juaca di Pusat Meterologi Nasional Arab Saudi (NCM). 

Semasa wawancaranya bersama saluran TV Al-ekhbariya, Encik Aqeel Al-Aqeel berkata, suhu akan turun dan hujan lebat boleh dijangkakan di daerah Riyadh dan Barat. 

Beliau juga berkata gelombang haba akan berterusan di daerah Timur dan Tengah Arab Saudi untuk beberapa hari akan datang. 

Suhu dijangka mencecah 49 darjah di Hafr Al-Batin dan Al-Nairiya, manakala ia berpotensi mencecah 48 darjah Selsius di daerah pantai timur, lapor Saudi Gazette. 

Tambah Encik Aqeel Al-Aqeel, gelombang haba akan terus menjejas daerah Qassim, manakala akan terdapat awan di daerah barat Asir dan Jazan, selain Makkah.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan