Skip to main content

Dunia

Suhu di Arab Saudi cecah bawah sifar

Kebanyakan rantau di Arab Saudi akan mengalami suhu yang merosot dengan ketara sehingga hujung minggu ini, menurut Pusat Kaji Cuaca Kebangsaan (NCM) Saudi.

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Kebanyakan rantau di Arab Saudi akan mengalami suhu yang merosot dengan ketara sehingga hujung minggu ini, menurut Pusat Kaji Cuaca Kebangsaan (NCM) Saudi.

NCM mengesahkan bahawa mulai Selasa (15 Mac) hingga Jumaat ini (18 Mac), suhu di kebanyakan rantau di Arab Saudi akan merosot.

Ia juga menarik perhatian bahawa sebahagian daerah di Tabuk, Sempadan Utara, Hail dan Al-Jouf akan mengalami suhu yang merosot sehingga 3 Selsius di bawah sifar.

Kesan daripada penurunan suhu di bahagian utara itu akan berlanjutan ke sebahagian kawasan Al-Qassim, Al-Sharqiya dan Riyadh, di mana suhu minimum akan mencecah 4 darjah Selsius.

Debu dan angin berdebu sudah bertiupan di daerah Makkah, Tabuk, Madinah, Al-Jouf, Hail, Sempadan Utara dan Al-Qassim, sejak Selasa.

Demikian disahkan oleh NCM.

Ia menyatakan bahawa kesan tiupan debu itu akan berpanjangan dan meningkat di Wilayah Timur dan Riyadh pada Rabu dan Khamis.

Ribut debu mungkin menjejas penglihatan setelah NCM mengesahkan bahawa kelajuan angin akan mencecah lebih 50 kilometer sejam dan kesannya akan berpanjangan sehingga Khamis dan Jumaat di Makkah, Najran dan bahagian timur Asir dan Al-Baha.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita