Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suhu cecah lebih 40 darjah Selsius di Jepun

30 orang mati akibat suhu terlalu tinggi di Jepun

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jul 2018 10:29PM Dikemas Kini : 22 Jul 2018 10:40PM

JEPUN: Cuaca panas terik di Jepun sejak beberapa hari lalu diramal berterusan hingga minggu depan.

Sejauh ini, sekurang-kurangnya 30 orang mati akibat suhu yang terlalu tinggi itu, manakala lebih 10,000 orang dimasukkan ke hospital berkaitan cuaca panas sekarang.

Daerah tengah Jepun mengalami suhu melebihi 40 darjah Selsius. Sementara di bandar Kyoto, suhunya di paras lebih 38 darjah Selsius selama tujuh hari berturut-turut iaitu satu rekod baru.

Bagi minggu depan, peta Agensi Kaji Cuaca Jepun menunjukkan banyak kawasan 'tompok merah', yang besar kemungkinan mengalami suhu "amat tinggi" selama 10 hari mulai lusa.

Kawasan-kawasan terjejas, termasuk di Nagoya yang diramal mengalami suhu 39 darjah Selsius, manakala suhu di ibu kota Tokyo, 36 darjah Selsius.

Bagaimanapun, cuaca panas di bahagian selatan Jepun reda sedikit dengan tibanya ribut Ampil yang membawa hujan ke kawasan itu walaupun hanya seketika.

Sementara itu, gelombang haba teruk yang dialami Jepun sekarang turut menimbulkan kebimbangan mengenai Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Kejohanan itu dijadualkan berlangsung antara Julai hingga Ogos ketika suhu Tokyo di paras lebih 35 darjah Selsius dengan kadar kelembapan yang tinggi.

Para pegawai berkata "langkah-langkah khas" akan diambil bagi menangani keadaan cuaca panas.Ia termasuk memulakan acara larian maraton lebih awal pada sebelah pagi, menggunakan cat pelindung matahari di laluan maraton serta menggunakan alat penghawa dingin dan kipas-kipas angin besar.

Selain itu, khemah juga akan disediakan di tempat para penonton beratur serta memastikan masa menunggu tidak melebihi 20 minit.  

Sumber : CNA/NT/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan