Suharto jadi pahlawan nasional, keluarga ucap terima kasih kepada Prabowo
Anak-anak kepada Presiden Indonesia yang kedua, Suharto, mengucapkan terima kasih kepada Presiden Prabowo Subianto selepas bapa mereka dianugerahkan gelaran pahlawan nasional di Istana Negara, Kompleks Istana Kepresidenan, Jakarta Pusat pada Isnin (10 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Anak-anak kepada Presiden Indonesia yang kedua, Suharto, mengucapkan terima kasih kepada Presiden Prabowo Subianto selepas bapa mereka dianugerahkan gelaran pahlawan nasional di Istana Negara, Kompleks Istana Kepresidenan, Jakarta Pusat pada Isnin (10 Nov).
Anak ketiga almarhum, Bambang Trihatmodjo, meluahkan rasa syukur atas pengiktirafan yang diberikan kepada ayahnya selepas beliau berkhidmat selama berpuluh-puluh tahun untuk Indonesia.
“Kami sekeluarga bersyukur. Terima kasih kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, terima kasih kepada Presiden Prabowo Subianto dan rakyat Indonesia,” kata Encik Bambang di Istana Negara pada Isnin.
Sementara itu, anak perempuan Encik Suharto, Siti Hardijanti Rukmana, yang lebih dikenali sebagai Tutut Soeharto, turut mengungkapkan penghargaan kepada Presiden Prabowo.
Menurut Cik Tutut, latar belakang ketenteraan yang dimiliki Encik Prabowo membolehkan beliau memahami perjuangan ayahnya. Katanya lagi, penganugerahan itu turut diperkukuh oleh aspirasi masyarakat.
“Terima kasih banyak atas keputusan beliau yang menetapkan Bapak sebagai pahlawan nasional. Dan beliau, kerana beliau dulu tentera juga, jadi tahu apa yang telah dilakukan Bapak sejak muda. Tapi beliau juga menentukan itu setelah melihat aspirasi masyarakat,” ujar Cik Tutut.
Beliau turut menyatakan bahawa keluarganya tidak mempersoalkan penolakan daripada segelintir pihak terhadap penganugerahan tersebut. Menurutnya, perkara itu adalah sesuatu perkara biasa, dan rakyat boleh menilai sendiri perjuangan Encik Suharto tanpa perlu dipertahankan oleh mereka.
“Bagi yang tidak bersetuju atau tidak menyokong, saya dan keluarga tidak menyimpan sebarang dendam atau rasa kecewa, kerana negara kita ini berbilang kaum dan pandangan. Jadi, silakan saja,” kata Cik Tutut.
Almarhum Suharto diiktiraf sebagai pahlawan nasional dalam bidang perjuangan bersenjata dan politik, atas sumbangan besarnya sejak era kemerdekaan.
“Jeneral Suharto menonjol sejak masa kemerdekaan. Sebagai wakil komandan BKR Yogyakarta, beliau memimpin pelucutan senjata tentera Jepun di Kota Baru pada 1945,” kata jurucakap Presiden Prabowo semasa menyerahkan tanda anugerah kepada warisnya.
Anugerah tersebut diberikan kepada Encik Suharto dan sembilan tokoh lain berdasarkan Keputusan Presiden Republik Indonesia (Keppres) Nombor 116/TK/Tahun 2025 mengenai Penganugerahan Gelar Pahlawan Nasional yang ditetapkan di Jakarta pada 6 November 2025.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.