Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suhaizan Kayat angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pulai

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kayat mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat hari ini.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul sebelum bermulanya sesi penggulungan kementerian bagi Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12).

Encik Suhaizan mempertahankan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRK Pulai dengan majoriti 18,641 undi.

Mantan Speaker DUN Johor itu meraih 48,283 undi menewaskan Encik Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 29,642 undi, manakala Encik Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas pula meraih 528.

Sementara itu, Encik Johari dalam ucapannya berharap Encik Suhaizan akan menjalankan tugas dengan bertanggungjawab termasuk menunjukkan tingkah laku terpuji semasa mengetengahkan isu rakyat dan negara, mengikut daripada Free Malaysia Today.

“Adalah penting demi menjaga nama Dewan Rakyat yang mulia agar ia sentiasa terpelihara.

“Ahli-ahli yang berhormat hendaklah menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama dan tidak menggunakan Dewan yang mulia ini sebagai medan politik kumpulan mahupun individu,” katanya, dipetik daripada Free Malaysia Today.
 
Sumber : Agensi berita/SF/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan