Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sudan sambung rundingan damai di Saudi; pertempuran bertambah sengit di Khartoum

Anggaran Waktu Membaca:

KHARTOUM: Para penduduk Khartoum menggambarkan pertempuran sengit pada Sabtu (13 Mei), dengan para pejuang bertempur di jalan raya dan tiada petanda pihak-pihak yang bertelagah di Sudan menghormati perjanjian untuk melindungi orang awam menjelang rundingan gencatan senjata di Arab Saudi pada Ahad (14 Mei). 

Pertempuran meletus di Khartoum dan kawasan-kawasan berdekatan serta Geneina di wilayah Darfur sejak tentera Sudan dan pasukan tentera separa Rapid Support Forces (RSF) memeterai "perisytiharan prinsip" pada Khamis (11 Mei). 

"Ia lebih dahsyat pagi ini berbanding dua hari yang lalu. Anda boleh mendengar dengan jelas kereta kebal dan RSF melakukan rondaan di jalan raya lebih daripada biasa," kata Hani Ahmed, 28 tahun. 

Konflik yang tercetus sebulan lalu, meragut nyawa beratus-ratus penduduk, menyebabkan lebih 200,000 melarikan diri ke negara-negara jiran dan lagi 700,000 kehilangan tempat tinggal. Selain itu, ia turut berisiko menarik kuasa luar dan menjejaskan kestabilan di rantau tersebut. 

Ruang udara akan terus ditutup, kecuali bagi pesawat membawa bantuan, sehingga 31 Mei, menurut pihak berkuasa pada Ahad.

Rundingan yang diteruskan di Jeddah, akan membincangkan cara-cara untuk menguatkuasakan perjanjian sedia ada dan gencatan senjata berterusan yang membuka laluan kepada pemerintah awam, menurut pihak berkuasa.

Sumber : Reuters/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan