Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sudan lanjutkan penutupan ruang udara sehingga pertengahan Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
KHARTOUM: Pihak berkuasa penerbangan awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara Sudan sehingga 15 Ogos, kecuali untuk penerbangan bantuan kemanusiaan dan pemindahan, lapor Xinhua memetik kenyataan Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum pada Isnin (31 Jul).

Ruang udara Sudan ditutup sejak tercetusnya pertempuran pada pertengahan April berikutan sistem navigasi udara di lapangan terbang itu terjejas akibat konflik antara dua puak yang bertelagah.

Pada 15 April, konflik bersenjata meletus antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces, menyebabkan lebih 3,000 terkorban dan lebih 6,000 cedera, menurut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Sudan.

Sejak konflik meletus di Sudan, lebih tiga juta orang hilang tempat tinggal sama ada di dalam atau di luar negara, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan