Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sudan catat kes pertama cacar monyet

Anggaran Waktu Membaca:
Sudan catat kes pertama cacar monyet

(Gambar: Md Saiful Islam Khan/iStock)

KHARTOUM: Sudan pada Ahad (31 Jul) mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu.

Menurut Kementerian Kesihatan Sudan, pesakit adalah seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Dafur Barat, wilayah di bahagian utara negara itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu lalu mengisytiharkan wabak cacar monyet atau monkeypox sebagai kecemasan kesihatan global berikutan virusnya yang terus merebak.

Menurut statistik WHO, sejak dikesan pada Mei lalu, virus itu telah menjangkiti lebih 16,000 orang di 75 negara.

Virus cacar monyet menunjukkan simptom yang serupa tetapi berbeza sedikit daripada cacar, termasuk demam, ruam dan bengkak pada nodus limfa.

Jangkitannya ke atas indidvidu adalah terhad, namun boleh disebarkan melalui sentuhan dengan cecair badan, luka pada kulit atau permukaan mukosa dalaman seperti dalam mulut atau tekak, titisan pernafasan dan objek tercemar.
Sumber : Bernama/AW/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan