Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sudan buka 4 lagi lapangan terbang bagi penghantaran bantuan kemanusiaan

Anggaran Waktu Membaca:
Sudan buka 4 lagi lapangan terbang bagi penghantaran bantuan kemanusiaan

Bekalan bantuan tiba di Lapangan Terbang Pelabuhan Sudan pada 10 Mei 2023. (Gambar: Mohamad Ali Harissi/AFP)

KHARTOUM: Pemerintah Sudan pada Sabtu (19 Okt) bersetuju membuka empat lapangan terbang tambahan untuk agensi kemanusiaan menghantar bantuan ke negara yang dilanda konflik itu, menurut Majlis Pemimpin Sudan, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, majlis tersebut menyatakan lapangan terbang yang akan dibuka adalah di bandar Kassala, Dongola, El Obeid dan Kadugli.

Menurut kenyataan itu, "pemerintah Sudan telah memenuhi semua syarat bagi kemasukan dan aliran bantuan kemanusiaan melalui udara, darat dan laut,".

Kini terdapat enam lapangan terbang dan tujuh lintasan darat yang tersedia untuk organisasi antarabangsa.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), separuh daripada penduduk Sudan atau kira-kira 25 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan dan perlindungan, manakala hampir 18 juta berdepan kekurangan makanan yang teruk.

Program Makanan Sedunia (WFP) sebelum ini memberi amaran bahawa Sudan mungkin berdepan krisis kebuluran terburuk di dunia kerana konflik yang sudah memasuki tahun kedua.

Sejak 15 April 2023, Sudan berdepan krisis akibat pertempuran antara angkatan tentera negara itu dan pemberontak dari Rapid Support Force (RSF).

Kira-kira 20,000 orang maut, ribuan yang lain cedera manakala jutaan penduduknya terpaksa berpindah, menurut anggaran terkini oleh Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan