Sudah patah, mahasiswa di Msia ini selamba bawa sekali selusur turun bas
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: _muhdafiq10/TikTok
KEDAH: Tindakan spontan seorang mahasiswa warga Malaysia mencuit hati ramai warga net selepas beliau dilihat turun dari bas universitinya sambil membawa selusur bas yang patah, dalam sebuah rakaman video yang tular.
Video insiden berkenaan dimuat naik di platform X oleh pengguna localrkyt dan tular, sekali gus menarik lebih 258,000 tontonan dan lebih 2,400 tanda suka.

Dalam rakaman selama 13 saat itu, mahasiswa lelaki itu boleh dilihat turun di sebuah perhentian bas sambil memegang selusur bas, yang sebenarnya patah, menurut agensi berita World Buzz.
Insiden itu dipercayai berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM), menurut World Buzz.
Sepanjang video itu, para pelajar lain dilihat mentertawakan tindakan mahasiswa terbabit.
Ramai warga net mempersoalkan bagaimana selusur bas itu boleh patah dan apakah yang mungkin akan dilakukan mahasiswa itu dengan selusur berkenaan. Malah, seorang netizen berseloroh menyatakan bahawa video berkenaan seakan-akan seperti sebuah babak dalam filem Malaysia klasik, 'Do Re Mi', lapor World Buzz.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.