Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Subway beri kad hadiah A$2,664 kepada wanita didenda atas sandwic separuh makan di imigresen Australia

Rangkaian makanan segera itu memberi wanita berkenaan, Jessica Lee, kad hadiah dengan berisi nilai bersamaan dengan dendanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Subway beri kad hadiah A$2,664 kepada wanita didenda atas sandwic separuh makan di imigresen Australia

(Gambar: Petikan skrin dari video TikTok)

PERTH: Subway membantu seorang pengguna TikTok Australia yang didenda A$2,664 (S$2,600) kerana membawa masuk sandwic separuh dimakan ke Australia dari Singapura, tanpa mengisytiharkan kandungannya, sekali gus melanggar undang-undang biokeselamatan tegas negara itu.

Rangkaian makanan segera itu memberi wanita berkenaan, Jessica Lee, kad hadiah dengan berisi nilai bersamaan dengan dendanya, dedah beliau di TikTok.

Lee mengaku dalam video awalnya di TikTok: "Saya membeli Subway 'footlong' di Lapangan Terbang Changi Singapura sebab saya lapar selepas penerbangan selama 11."

Beliau makan separuh sandwic itu, simpan lagi separuh dan membawanya pulang ke Perth, namun gagal membuat catatan dalam borang pengisytiharannya.

"Saya tidak tandakan ayam dan saya tidak tandakan daun selada. Ayam dan daun selada!" kata beliau.

Dalam sebuah video TikTok baru yang dimuat naik pada 18 Julai, Lee dilihat membuka kad hadiah Subway yang diberikan oleh syarikat tersebut.

Kad daripada Subway itu berbunyi: "Kami harap ini dapat memenuhi semua keperluan ayam dan selada anda".

"Subway, anda sangat hebat. Dan denda ini sangat lumayan sekali," ujar Lee.

"Anda pasti dapat mengagak apa yang saya akan nikmati untuk makan tengah hari dan makan malam nanti," tambahnya.

Subway sebelum ini memberi bayangan bahawa ia akan membantu Lee. Apabila Domino's Australia membuat pautan pada syarikat sandwic itu dengan menyatakan "tolong perbetulkan perkara ini", Subway memberi respons: "Kami sedang mengusahakannya".
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan