Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Subvarian Omicron XBB.1.5 sumbang hampir separuh jangkitan baru COVID-19 di AS

Anggaran Waktu Membaca:
Subvarian Omicron XBB.1.5 sumbang hampir separuh jangkitan baru COVID-19 di AS

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 21 Jan 2023 11:34AM Dikemas Kini : 21 Jan 2023 11:34AM
ATLANTA: Subvarian Omicron baru XBB.1.5 dianggarkan menyumbang sebanyak 49.1 peratus kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS), naik daripada 37.2 peratus yang dicatatkan minggu lalu.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, pada Jumaat (20 Jan), anggaran itu adalah bagi minggu berakhir 21 Januari.

Subvarian XBB.1.5 menular dengan pantas di AS, khususnya di bahagian timur laut. seterusnya.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ketika ini XBB.1.5 adalah varian yang paling mudah berjangkit.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata XBB.1.5 telah meningkat di merata dunia dan dikenal pasti di lebih 25 negara.

Jangkitan COVID-19 mingguan merosot selepas meningkat sedikit pada bulan Disember dan awal Januari, menurut data CDC.

Masih tidak jelas sama ada XBB.1.5 boleh menyebabkan gelombang jangkitan globalnya sendiri, tetapi pakar epidemiologi berkata suntikan dos penggalak sedia ada menawarkan beberapa perlindungan terhadap gejala teruk, kemasukan ke hospital dan kematian.

Subvarian XBB.1.5. telah mengatasi subvarian Omicron BQ.1.1 dan BQ.1 yang dominan sebelumnya menyumbang 40.2 peratus kes baru COVID-19 di AS pada minggu ini.

Menurut anggaran terkini CDC AS pada Jumaat, terdapat sekurang-kurangnya 25 juta pesakit, 270,000 dimasukkan ke hospital dan 17,000 kematian akibat selesema setakat musim ini di AS.

Lebih 6,300 orang dimasukkan ke hospital akibat selesema di AS pada minggu terbaru berakhir pada 14 Januari lalu.

Enam kematian kanak-kanak berkaitan demam selesama dilaporkan minggu ini dengan 85 kematian selesema kanak-kanak dilaporkan setakat musim ini.

CDC menggesa orang ramai agar mendapatkan suntikan selesema setiap tahun bagi mencegah jangkitan dan kesan buruk.
Sumber : Reuters/SU/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa