Subvarian Omicron XBB.1.5 punca lebih 90% kes baru COVID-19 di AS
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
LOS ANGELES: Subvarian Omicron XBB.1.5 yang sangat mudah merebak menyumbang lebih daripada 90 peratus kes baru COVID-19 yang dilaporkan di Amerika Syarikat (AS), menurut anggaran terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.
XBB.1.5 dianggarkan menyumbang 90.2 peratus daripada semua kes COVID-19 di AS dalam minggu yang berakhir pada 18 Mac, lapor Xinhua.
Jumlah jangkitan meningkat dari 88.8 peratus seminggu sebelum dan 86.3 peratus dua minggu sebelum itu.
Penularan XBB.1.5 juga terus meningkat sejak hujung tahun lalu.
BQ.1.1 yang merupakan virus kedua paling biasa, hanya menyumbang 3.5 peratus pada minggu terkini.
Walaupun XBB.1.5 merebak dengan lebih mudah, saintis berkata ia tidak menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.