Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Subvarian Omicron BA.2 merebak merata EU sedang negara-negara longgarkan sekatan

Anggaran Waktu Membaca:
Subvarian Omicron BA.2 merebak merata EU sedang negara-negara longgarkan sekatan

Penduduk London (Gambar hiasan: Tolga Akmen/AFP)

BRUSSELS: Jumlah kes subvarian COVID-19, Omicron BA.2, sedang meningkat di merata Kesatuan Eropah (EU).

Demikian menurut agensi berita Xinhua, yang memetik Agensi Perubatan Eropah (EMA). 

"Memandangkan kebanyakan negara EU sedang melonggarkan sekatan, kami menyaksikan kadar jangkitan sedang meningkat sekali lagi di beberapa negara, sebahagiannya akibat penularan Omicron BA.2, yang lebih mudah berjangkit berbanding varian-varian lain," kata Marco Cavalieri, ketua strategi vaksin dan ancaman kesihatan biologi EMA, kepada wartawan di Brussels pada Khamis (17 Mac). 

Apa yang paling penting, katanya, adalah bagaimana jumlah kes yang meningkat itu memberi tekanan kepada sistem jagaan kesihatan. 

Sehubungan itu, EMA menggesa penduduk yang belum divaksin supaya  mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 secepat mungkin, sambil menekankan terdapat lima vaksin COVID-19 yang diluluskan di EU, kesemuanya menggunakan teknologi yang berbeza. 

"Setakat ini, tiada bukti bahawa tindak balas sistem imun selepas suntikan vaksin berbeza terhadap Omicron BA.2. Vaksin terus menawarkan tahap perlindungan yang tinggi terhadap kematian dan juga keperlukan dimasukkan ke hospital," menurutnya lagi. 

Vaksin yang menerima kelulusan pemasaran bersyarat daripada EMA adalah vaksin keluaran Pfizer/BioNtech, Moderna, AstraZeneca, Janssen dan Novavax. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan