Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Subvarian baru Omicron Arcturus merebak di AS, libatkan 9.6% kes baru COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Subvarian baru Omicron Arcturus merebak di AS, libatkan 9.6% kes baru COVID-19

(Gambar: Fusion Medical Animation/Unsplash)

LOS ANGELES: Subvarian Omicron baru kini merebak di Amerika Syarikat (AS) dan telah mencetuskan kebimbangan mengenai penularannya yang tinggi selain gejala barunya.

Subvarian XBB.1.16 yang dirujuk sebagai "Arcturus", bertanggungjawab bagi 9.6 peratus kes COVID-19 semasa di negara itu, meningkat daripada 5.7 peratus minggu sebelumnya, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, lapor Xinhua.

Subvarian Omicron XBB.1.5 kekal sebagai strain dominan di AS dan menyumbang 73.6 peratus daripada kes baru COVID-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menaikkan XBB.1.16 sebagai varian baru yang perlu diberikan perhatian.

Strain baru itu mula dikesan pada Januari dan sejak itu telah ditemukan di lebih 30 negara. WHO sedang memantau XBB.1.16, yang menyumbang kepada lonjakan kes COVID-19 baru-baru ini di India.

Pakar memberi amaran bahawa peratusan XBB.1.16 dijangka meningkat di AS dalam beberapa minggu akan datang, yang berkemungkinan menjadi jenis koronavirus dominan seterusnya di negara itu.

XBB.1.16 mempunyai mutasi yang menjadikannya lebih mudah menular, lebih mudah dijangkiti, dengan peningkatan dikesan dalam kalangan kanak-kanak, menurut Neha Narula dari Stanford Health Care.

"Kita masih mengesan sakit tekak, batuk, demam, dengan mengesan simptom baru yang menyaksikan lebih ramai pesakit kanak-kanak dan dewasa mengalami konjunktivitis atau lebih dikenali sebagai - mata merah jambu," kata Cik Narula kepada CBS.
Sumber : Bernama/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan