Skip to main content

Dunia

Subang hidung tersangkut pada kerusi, wanita minta bantuan bomba lepaskan tindik

Anggaran Waktu Membaca:
Subang hidung tersangkut pada kerusi, wanita minta bantuan bomba lepaskan tindik
Diterbitkan : 13 Jan 2025 07:04PM Dikemas Kini : 13 Jan 2025 11:20PM

BANDUNG: Bermula dengan gurauan, seorang wanita menghadapi detik cemas apabila subang hidung yang dipakainya melekat pada kerusi sehingga terpaksa ke balai bomba Bandung untuk melepaskannya.

Pada mulanya, wanita berkenaan hanya bergurau dan meletakkan subang hidungnya di kerusi namun tersangkut.

Menerusi rakaman video yang dipaparkan, wanita berkenaan dilihat masih melekat di kerusi dan menaiki sebuah kenderaan untuk dibawa ke balai bomba.

Ketika menaiki kenderaan tersebut, kerusi berkenaan dibawa sekali bersamanya.

Menurut petugas bomba, Asep Risky, pihaknya tidak memerlukan masa yang lama untuk melepaskan subang hidung yang dipakai wanita daripada kerusi.

"Saya difahamkan wanita berkenaan pada mulanya hanya 'main-main' namun tidak sangka subang hidung melekat di kerusi. 

"Jadi dia datang ke sini untuk meminta bantuan daripada kami, sekejap sahaja sudah boleh buka," ujarnya.

Sumber : Agensi berita/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita