Suara, tuntutan belia jadi tumpuan sidang perubahan iklim COP26
Suara dan tuntutan belia menjadi tumpuan sidang puncak perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini (5 Nov).
Gerakan Fridays for Future. (Gambar: AFP)
GLASGOW: Suara dan tuntutan belia menjadi tumpuan sidang puncak perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini (5 Nov).
Merujuk kepada kemarahan dan keprihatinan belia, Perdana Menteri Britain Boris Johnson dan Presiden COP26 Alok Sharma menggesa pemimpin dunia agar menimbangkan masa depan pemuda dalam keputusan mereka.
Namun pemuda-pemudi yang berkumpul di tempat acara tersebut menyuarakan rasa curiga terhadap komitmen sedemikian.
"Mereka akan katakan apa saja untuk menjadi popular, dan buat masa ini adalah popular untuk mendampingi belia, lebih-lebih lagi dalam ehwal iklim dan keadilan iklim dan mendengar kata kita, dengan mogok belia dan iklim.
"Jadi saya fikir, ia bukanlah sesuatu yang ikhlas sama sekali, tidak," kata aktivis 'Fridays for Future', Cik Isabelle Axelsson.
Ribuan aktivis belia sedang bersiap sedia untuk berhimpun di Glasgow hari ini untuk membantah apa yang disifatkan sebagai kelengahan para pemimpin di sidang puncak COP26.
Pihak penganjur gerakan mogok Fridays for Future menjangkakan bantahan besar-besaran sempena "Hari Belia" COP26 hari ini.
Ia akan dipimpin aktivis remaja 18 tahun Greta Thunberg yang menjadi ikon suara lantang kemarahan generasi muda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.