Skip to main content

Dunia

Suami tembak isteri sebelum bunuh diri

Seorang pegawai polis menembak mati isterinya sebelum bertindak membunuh diri sendiri di hadapan anak perempuan mereka berusia tujuh tahun dalam sebuah kereta di Sungai Golok di Wilayah Narathiwat, selatan Thailand.

Anggaran Waktu Membaca:
Suami tembak isteri sebelum bunuh diri

Gambar hiasan. (Gambar: JOHN MOORE / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP)

Diterbitkan : 11 Sep 2018 02:14PM Dikemas Kini : 11 Sep 2018 02:17PM


SUNGAI GOLOK, THAILAND: Seorang pegawai polis menembak mati isterinya sebelum bertindak membunuh diri sendiri di hadapan anak perempuan mereka berusia tujuh tahun dalam sebuah kereta di Sungai Golok di Wilayah Narathiwat, selatan Thailand.

Menurut polis, kejadian pada 5.50 petang Isnin (10 Sep) (waktu tempatan) itu dipercayai berpunca daripada masalah keluarga.

"Kanak-kanak tersebut yang masih berpakaian sekolah ditemui di tempat duduk belakang kereta berkenaan dalam keadaan ketakutan dan menangis," kata Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kol Prayuth Ponsanti kepada para wartawan.

Pegawai polis terbabit dikenali sebagai Encik Boonyawat Trakulprom, 28 tahun, bertugas di Mahkamah Narathiwat manakala isterinya pula dikenali Cik Nattanan Trakulprom, 30 tahun, ialah seorang guru.

Cik Nattanan masih memakai pakaian seragam guru ketika mayatnya yang berlumuran darah ditemui dalam kereta itu.

Mayat Cik Nattanan ditemui di tempat duduk penumpang manakala mayat suaminya di tempat duduk pemandu.

Menurut Encik Prayuth, anak perempuan pasangan itu memberitahu polis, ibu bapanya bertengkar dalam kereta sebelum bapanya mengeluarkan pistol dan menembak ibunya sebelum menembak dirinya sendiri.

Menurutnya kelongsong peluru yang ditemui dalam kereta, ia adalah daripada pistol Encik Boonyawat. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita