Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suami nekad bakar rumah dek perselisihan faham dengan isteri

Anggaran Waktu Membaca:
KENINGAU: Hanya kerana berselisih faham dengan isteri, seorang lelaki nekad membakar rumahnya hingga musnah dalam kejadian di Kampung Kiukad Lotong, Tambunan, Sabah pada Jumaat (17 Jun).

Tindakan lelaki berusia 62 tahun itu turut memusnahkan kereta miliknya, manakala badannya turut melecur 40 peratus, lapor BH Online.

Ketua Polis Daerah Keningau, Timbalan Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 10.36 malam, dan memaklumkan kepada bomba.

Kata beliau, kejadian menyebabkan seorang lelaki yang juga pemilik rumah cedera.

"Menurut saksi, tubuh mangsa melecur ketika menyalakan api.

"Siasatan awal mendapati lelaki terbabit berselisih faham dengan isterinya sehingga sanggup membakar rumahnya sendiri," kata beliau kepada BH Online.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, lapan anggota bersama jentera dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kata beliau, sebuah rumah terbakar sepenuhnya manakala trak Isuzu D Max terbakar 30 peratus, lapor BH Online.

"Warga emas yang melecur turut diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Operasi terkawal pada pukul 11.10 malam dan ditamatkan sejam kemudian," kata beliau.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan