Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suami isteri rentung; 7 melecur selepas 40 rumah terbakar di Sabah

Anggaran Waktu Membaca:

TAWAU: Pasangan suami isteri ditemui rentung, manakala tujuh lagi yang lain melecur dalam insiden kebakaran 40 rumah di penempatan setinggan, Kampung Sungai Buaya, Batu 2 1/2, Jalan Apas, tengah malam tadi (9 Jan). 

Pasangan itu dikenal pasti sebagai Saiful Rosli, 32 tahun dan isterinya Jumaidah M. Jida, 36 tahun dan ditemui rentung di rumah mereka pada jam 4.45 dan 5.50 pagi hari ini, menurut Astro AWANI. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, mangsa dipercayai terperangkap di dalam rumah dan gagal menyelamatkan diri.

Manakala, tujuh mangsa yang melecur pula, katanya, terdiri daripada empat kanak-kanak berusia antara enam dengan 12 tahun, seorang remaja perempuan 18 tahun dan dua lelaki berumur 26 dan 45 tahun.

"Mereka mengalami kecederaan melecur antara satu hingga 86 peratus," katanya dalam satu kenyataan media hari ini, seperti dipetik Astro AWANI. 

Tambahnya lagi, kesemua mangsa yang melecur dikejarkan ke Hospital Tawau oleh orang awam sebelum ketibaan pasukannya.

Menurut Julius lagi, seramai 26 pegawai dan anggota serta lima jentera, termasuk utiliti dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 12.32 tengah malam menerusi MERS 999.

Menurutnya lagi, kebakaran itu melibatkan 40 rumah setinggan jenis tidak kekal dengan keluasan sebesar 100 meter kali 50 meter yang terbakar sepenuhnya.

"Pasukan bomba menggunakan sumber air dari tangki jentera dan sumber air terbuka iaitu parit dan berjaya mengawal api daripada terus merebak pada jam 2.07 pagi," katanya sambil menambah operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.20 pagi, seperti dinukil Astro AWANI. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan