Suami isteri pertama kali gendong anak selepas 8 kali IVF, 12 tahun usaha dapatkan zuriat

Gambar:Instagram/@tokyarnhuss
KUALA LUMPUR: IVF atau persenyawaan in vitro (IVF) adalah antara prosedur rawatan yang dilakukan pasangan yang berusaha mendapatkan zuriat.
Kehadiran mereka adalah anugerah yang amat berharga dalam kehidupan pasangan berumah tangga.
Ada yang dikurniakan berita kehamilan selepas berkahwin. Namun ada yang diuji hebat hingga terpaksa menunggu berbelas tahun untuk memeluk zuriat sendiri, seperti dinukil daripada SinarPlus.
Usaha, doa dan tawakal adalah kunci bagi setiap pasangan yang yang yang berusaha mendapatkan cahaya mata (try to conceive -TTC).
Kisah pasangan ini mungkin hanya secebis daripada perjalanan yang perlu dilalui berjuta-juta pasangan TTC lain.
Pasangan tersebut melalui pelbagai rawatan kesuburan seperti inseminasi intrauterin (IUI) dan persenyawaan in-vitro (IVF) sebanyak lapan kali sebelum memeluk si kecil dalam dakapan sendiri, lapor SinarPlus.
“Empat puluh dua tahun isteri saya tunggu untuk jadi wanita iaitu merasa mengandung dan melahirkan anak secara normal. Namun ketentuan dan ketetapan itu milik Tuhan".
"C-Section dan beliau akur. Beliau memilih untuk menjalani pembedahan waktu petang iaitu selepas kami solat Zohor berjemaah dan berdoa.
“Itu permintaan terakhir beliau sebelum pembedahan. Panjang wasiat dan amanah yang ditinggalkan untuk saya kerana segalanya berkemungkinan.
"Almaklumlah beliau ada tiga orang anak tiri dan dua orang anak susuan. Kerisauan beliau adalah amanah dua orang anak susuan yang kami ambil sejak dari lahir. Alhamdulillah, I Love you Mega Marissa,” titip Encik Yasran.
Mengimbas kembali detik isterinya berbadan dua dan melahirkan, Encik Yusran menerusi hantaran di Instagram memaparkan video pahit manis dilalui mereka berdua untuk bergelar ibu dan ayah.
“Kami hampir putus asa. 12 tahun kahwin, 2 kali keguguran, 8 kali IVF.
“Bila isteri saya menghidap penyakit Ovarian Hyperstimulation Syndrome (OHSS) dan hampir maut di ruangan kecemasan, saya bertekad tidak inginkan IVF lagi”.
Cahaya mata mereka, Yusraa Mecca dilahirkan pada 25 Mei lalu. Bayi seberat 3.82 kilogram itu adalah menerusi rawatan IVF yang kelapan, lapor SinarPlus.
Kepada yang masih belum berjaya menimang zuriat sendiri, semoga kisah ini menjadi inspirasi dan dorongan untuk terus berusaha, berdoa dan bertawakal.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.