Suami isteri maut dalam kemalangan 4 kereta di Johor Bahru
Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 36, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran susur masuk ke Taman Daiman Jaya petang semalam (18 Feb).
(Gambar hiasan: BERITAMediacorp)
KOTA TINGGI: Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 36, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran susur masuk ke Taman Daiman Jaya petang semalam (18 Feb).
Edil Azhar Abdul Rahman @ Mohamed, 39, dan isterinya Noraziah Mohamad Ali, 36, meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan pada badan mereka. Agensi berita Bernama difahamkan pasangan itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Pasak.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian tersebut berlaku pada sekitar 4.45 petang. Sebuah Perodua Bezza dari arah Kota Tinggi ke Johor Bahru tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Kancil yang dinaiki pasangan berkenaan.
"Turut terlibat dalam pertembungan itu ialah sebuah lagi Perodua Kancil dan Honda Accord yang datang dari arah Johor Bahru menghala ke Kota Tinggi," kata Supt Ahsmon Bajah.
Sementara itu, pemandu Perodua Bezza mengalami cedera ringan manakala pemandu sebuah lagi Proton Kancil dan Honda Accord tidak cedera.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Bezza," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk urusan bedah siasat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.